01 July, 2011

Welcome Back !!


Selamat datang untuk diri sendiri sebab lama gila kau tak check inbox & update blog ..
Tadi masa aku dok terjah-terjah blog orang, aku langsung tak hengat username dengan password blog aku .. Banyak kali try & error , seee bape lame aku tak update

Memula tadi agaklah pening sikit sebab lame giler tak godek-godek ditambah pulak screen komputer SAMSUNG SyncMaster 591v yang kelam-kelam suram ni hanya layak dodok di dalam stor gamaknya, tapi dah ok sikit la ..

Harini genap sudah 4 bulan aku bergelar FianCee kepada incek S, dan hampir 6 bulan aku bebas berlari sekuat-kuat hati .. Eceh! cakap macam aku masuk acara lari marathon jer .. Banyak dah perkara-perkara yang bagi aku tak masuk akal dah lenyap dalam diri aku, jadi aku boleh konsentret pada satu-satu benda yang akan bakal aku hadapi nanti. Wah! semangat-semangat dah datang ni .

Tahun ni saje sorang-sorang kawan aku dah naik pelamin . Sonok + sedih sebab aku dah rasa diri aku ni bukanlah seorang budak pompuan berumur 18tahun lagi. Dah 25 wei .. Banyak juga dapat undangan perkahwinan tapi banyak jugak dapat soklan cepumas 'ko biler nak kawen na ??'

Macam sonang jer tanya bile nak kawen kan ?? aku yang nak pi amek kursus kawen dulu pun berbulan-bulan plan biler nak pegi amek , dalam ati kate ujung bulan ni nak pi daftar , timbul jer hujung bulan tak jugak aku daftar . Camno ?? serabut dengan macam-macam hal, serabut dengan duit tak pernah nak cukup, serabut macam mana nak tempah katering, kad kawen , door gift, barang hantaran, inai .. Waaaa !! Gile-gileee .. Harap lah tu sume tak mematahkan semangat aku ni .. Eh! aku rase macam bertambah berpinar je bijik mate aku ni .. aku stop kat sini dulu, & mahu melayan lagu tomok sebel0m tomok jadi 'LAKI ORG' esok (2 July 2011) ... wuwuwuw !

Berlari - Tomok

Aku yang telah merasa keliru
Aku yang tak tahu mana nak tuju
Sampai bila harus aku menjadi bisu

Kamu yang mahu mencintai aku
Kamu yang mahu mencintai dia
Haruskah cinta ini jadi begitu

Tak perlu kau merayu pergilah bersamanya
Biarkan ku sendiri tak perlu kau menyakiti

Kini ku bebas tanpa bayangmu lagi
Bebas tuk berlari mengejar impian
Aku yang terkunci walaupun tanpamu disisi
Aku kan berlari teruskan berlari

Dan kini semua telah terbukti
Tanpamu ku masih ada disini
Mengejar impian yang hampir pasti

Kamu yang mahu mencintai dia
Kamu yang mahu mencintai aku
Haruskah cinta ini jadi begitu

Gelap sudah menjadi terang
Pandangan semakin jauh
Jauh meninggalkan kamu
Terus ku terus berlari
Kan ku capai bintang itu