27 August, 2009

>> haRgaiLah dia.. <<



Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada
seorang guru yang sedang mengajar.

Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik
sebagai orang paling kita sayang?.
Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?


Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...
baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...
mungkin kamu akan dapat apa

jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga.
Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu,
pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.
Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada
di depan kamu tersebut dan selepas
itu bawa balik ke kelas.


Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas,
tiada pun rumput yang berada di tangannya.
Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ,
saya carilah rumput yang paling cantik.
Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun
terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.
Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik.
Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu
tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula,
jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.


Cikgu : Ya, itulah jawapannya.
Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang,
janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu.
Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya.
Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku.
Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu,
kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan
tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.
Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada
MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi.
Maka sayangilah orang yang berada didepan kita dengan tulus dan ikhlas.


>>> ak bkn x hargai s'suatu phubungan tu,tp bl mahu mule kan balik,
kdg² org xdpt terima
>>> ak sndrik xpasti ade kah 'dia' tol² m'hargai ak..
atau skdr manis d'bbir shj..
>>> bia lah ape pun yg b'laku.. ak ttp ak..meskipun hatiku sudah t'guris


No comments: