25 March, 2009

>> PiJat & S'KuTunYa <<

Bangun pagi, gosok gigi, garu tangan, garu kaki… Pagi ini, aku digigit lagi, tensen betul. Jadi aku buat kajian sendiri la. Sememangnya, benda-benda ini adalah gejala-gejala baru yang berlaku ketika musim panas di mesir.. Semua ni disebabkan serangan dracula kecik yang bernama pijat… Daripada lelaki yang berkulit kasar seperti buaya hinggalah insan perempuan yang kulitnya selembut sotong, semuanya menjadi mangsa gigitan serangga pemusnah ini.. Mari berkenalan..


Mari kenal apa itu pijat?
Pijat ni, dalam bahasa omputih orang panggil bed bugs, and dalam bahas asaintifiknya, Cimex. Ianya adalah haiwan bertelor. Ada macam-macam jenis, kalo nak tau, check la wikipedia.. Pastu, pijat ni ada macam-macam kaler kalo tak penah tengok lagi, ada gambar kat bawah ni..
Pijat ni, kaler dia adalah putih-putih sikit sampai adalah seakan-akan coklet kemerah-merahan.. jangan tertipu, pijat bukan satu kaler jer. Pijat yang dah hisap darah manusia selalunya kaler coklet. Kalo jumpa yang dah kaler coklat tu, pukul la, insyaAllah keluar darah korang. Pastu, bentuk pijat nih, kalo tengok dari atas adalah seekor binatang yang berbentuk bujur(oval) dan kalo dilihat dari tepi, adalah sejenis serangga yang amat flat sekali macam kredit kad.



Dan amat beruntung lah bagi kita, binatang bertuah bernama pijat ni, tak pernah dikurniakan sayap dan sesungguhnya ia TIDAK DAPAT TERBANG. Jadi, senang la bagi kome2 yang nak kejar dan tangkap pijat-pijat ni. Dan satu lagi, pijat ni sejenis serangga yang merangkak(crawling wikipedia tulis), jadi ia amatlah lambat. Korang bandingkan lah sama ada berlari or merangkak lebih laju.:)
Bila Dan Macam mana ia menyerang?



Sebenarnya, pijat ni suka menyerang pada waktu subuh or specificly, sejam sebelum subuh. Jadi, kalo korang nak sediakan perangkap tu, time ni la seswai. Tapi, kalau korang rasa korang pandai dengan berkata “takper la, kita berhati-hati jer la, jangan biar pijat makan darah kita, biar dia mati kelaparan”. Sebenarnya, waktu itu, anda bukan bijak, tetapi, amat jahil sekali. haha. Kerana sesungguhnya pijat boleh hidup 18 BULAN tanpa makan.
Pijat ni jugak amatlah tertarik dengan benda-benda panas (warm) dan karbon dioksida. Jadi, salah satu cara prevent dia adalah jangan bernafas ataupun tido dalam peti sejok.. fikir2kan..
Dan pijat ni, sewaktu dia menggigit manusia, ia akan mencucuk dua tiub yang ada lubang (macam injection la), satu tiub untuk inject saliva yang mengandungi anaesthetic dan anticoagulant (dah macam doktor bedah dah) dan satu lagi untuk minum darah korang lebih kurang macam straw la.
Kesan gigitan????
Binatang ni menggigit dengan tiada rasa sakit. Dan sesungguhnya ia menggigit dalam masa LIMA MINIT. Diulangi, LIMA MINIT. Dan inilah masa keemasan anda untuk membanteras gejaa gigitan serangga ini. Kesan gigitan macam kena gigit semut, kecik, bengkak, kaler putih dan takder spot merah pada kesan gigitan. Gigitan “Dracula kecik” nih akan meninggalkan kesan yang sungguh asyik sekali iaitu kegatalan yang melampau berpanjangan selama berjam-jam atau berhari-hari.. Insan bertuah yang terkena gigitan hendaklah cuba sedaya upaya mengelak daripada menggaru kawasan gigitan supaya tidak berlaku jangkitan lain (secondary infection). Beruntunglah, kerana, pijat ini tidak membawa penyakit berjangkit.. so, jgn risau sangat.. kena gigit jer pun… Tetapi, ia juga berpotensi menyebarkan Hepatitis B.. So, cepat-cepat la ambik injection anti Hepatitis B..



Di mana?
Pijat ni korang leh jumpa mana-mana jer, sama ada di hotel atau apartment kurang mewah. Sebab badannya yang leper, pijat ni senang la nak masok mana-mana kawasan yang ada ruang atau pun small ventricle. Menurut sumber aku, kat papan dan paip la paling tinggi kebarangkaliannya. Katil adalah lokasi utama.
Apa nak buat kalau jumpa pijat??
Apa nak buat? Takkan nak berjabat tangan dan berkenal-kenal kot? haha.. kalau terjumpa mana-mana pijat, tangkap dan simpan untuk barang specimen dan kajian.. yang kalau korang adalah saintis la.. Kalau tak pun korang hantar speciment tu kat
Texas A&M Center for Urban and Structural Entomology ataupun University of Arkansas Department of Entomology yang mebuat kajian pasal binatang nih. Tapi, senang-senang bunuh jer kot. (insyaAllah aku nak tanya hukum bunuh binatang ni minggu ni).



Brapa banyak leh ada pijat ni??
Seekor pijat betina leh menghasilkan 5-500 telur.. so, dalam masa 6-10 hari, telur-telur ni dah boleh menetas. Jadi kira la guna jari berapa banyak binatang bernama pijat ni boleh ada di rumah kita???
Macam mana nak mencegah dan menghapuskannya??
1-Pukul guna kayu besbol dan seumpama dengannya.
2-Jemur bantal-bantal dan tilam anda lebih-lebih lagi di musim panas ini.
3-sembur racun serangga di tempat-tempat “jenyah” ataupun “sarang-sarang penjenayah” ini
4-Hubungi pembunuh-pembunuh serangga yang berhampiran..
Sampai sini jer kot, semoga dapat ilmu dan input yang berguna.. Kalau nak melawan musuh, kita kena tahu siapa musuh kita. Itu yang dinamakan strategi. Kerana sesungguhnya orang yang mengetahui itu tidak sama dengan yang tidak mengetahui.. Susun strategi, halangi pijat-pijat ini.. wassalam…